"To take a photograph is to align the head, the eye and the heart. It's a way of life" - Henri Cartier-Bresson
Sumber : www.biography.com/people/henri-cartier-bresson-9240139
Henri Cartier-Bresson merupakan seorang jurugambar Perancis yang mengambil gambar spontan dan juga gambar yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sehingga mewujudkan kewartawanan foto sebagai salah satu bentuk seni yang ada. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1908 di Chanteloup, Perancis dan merupakan perintis dalam kewartawanan foto ini. Beliau menuntut di University of Cambridge dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2004 di Cereste, Perancis. Henri Cartier-Bresson menemui kamera pertamanya pada tahun 1932 iaitu Leica dan dari saat itu dia mula meminati bidang fotografi. Pada tahun 1933, beliau telah membuat pameran fotografinya yang pertama di Julien Levy Gallery, New York.
Dalam kejadian pada tahun 1940, beliau telah menjadi tawanan perang dan berjaya melarikan diri. Rentetan daripada peristiwa itu, beliau telah menyertai sebuah pertubuhan underground untuk membantu banduan dan pelarian. Beliau telah menggambarkan keadaan banduan dan pelarian itu menerusi foto-foto yang diambil. Kemudiannya, beliau bersama sekumpulan wartawan profesional telah mengambil gambar-gambar berkaitan pembebasan Paris dan dijadikan dokumentari yang bertajuk Le Retour (The Return).
Selepas perang berakhir, beliau telah mengembara ke India dan menghabiskan masa di sana sehingga beliau bertemu dengan Mahatma Gandhi. Di sana, Cartier-Bresson telah mendokumentasikan kematian Mahatma Gandhi dan ia telah menjadi satu esei foto yang paling berharga dalam Majalah Life pada ketika itu. Hasil kerja beliau itu telah menguatkan bahawa kewartawanan foto adalah bentuk berita yang sah dan merupakan seni yang hebat yang berlaku disebalik kamera itu. Kenyataan ini diberi bagi menggambarkan bahawa kewartawanan foto ini boleh menjadi satu bentuk berita yang dipercayai dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri yang hanya mampu ditafsirkan oleh mereka yang bijak menilai kesenian itu.
Beliau juga telah meraih beberapa anugerah berkaitan dengan kewartawanan foto ini. Antaranya ialah:
- 1986 Novecento Premio
- 1981 Grand Prix National de la Photographie
- 1975 Deutsche Gesellschaft für Photographie
- 1975 Culture Prize
- 1964 Overseas Press Club of America Award
- 1960 Overseas Press Club of America Award
- 1959 Prix de la Société Française de Photographie
- 1954 Overseas Press Club of America Award
- 1953 A.S.M.P. Award
- 1948 Overseas Press Club of America Award
Gandhi meninggalkan Meherauli, sebuah kuil Muslim. ini merupakan penampilan terakhir beliau sebelum kematiannya. Sumber: http://www.magnumphotos.com/C.aspx?VP3=CMS3&VF=MAGO31_10_VForm&ERID=24KL53ZMYN |
No comments:
Post a Comment