Saturday, 21 March 2015

Jenis-jenis gambar beserta caption dalam kewartawanan foto

Dalam kewartawanan foto, setiap gambar yang diambil perlu mengikut jenis gambar yang ditetapkan. Setiap gambar tersebut juga perlu diletakkan caption yang lengkap bagi menerangkan gambar tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh gambar mengikut jenis beserta caption yang lengkap.


ESTABLISHING SHOTS - gambar keseluruhan

Kebiasaannya, gambar berbentuk sebegini bertujuan untuk menunjukkan kepada penonton keadaan yang sebenar ditempat kejadian dan siapa yang terlibat. Ia biasanya akan menggunakan wide range shot atau extreme wide shot. Contoh gambar seperti berikut:

Penyokong pasukan Felda United membanjiri Stadium Shah Alam ketika perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kelantan.
Orang ramai bertandang ke Putrajaya untuk melihat sendiri kemeriahan Hot Air Balloon yang berlangsung pada 12 Mac 2015 hingga 15 Mac 2015.


Para pelajar membanjiri Dewan Tuanku Cancelor, Universiti Malaya pada salah satu program yang dijalankan ketika Minggu Haluan Siswa sesi 2014/2015.





MIDRANGE SHOTS - meletakkan subjek di dalam konteks


Gambar yang berbentuk ini pula biasanya diambil dengan subjek yang lebih dekat dan memberikan maklumat yang lebih khusus mengenai perkara itu. Tetapi, gambar sebegini masih mengekalkan subjek dalam suasana supaya penonton yang melihat gambar ini tahu tentang keadaan sekeliling di mana subjek itu diletakkan. Contoh gambar seperti berikut:


Dr. Salleh Rahamad sedang menyampaikan puisi pada Malam Puisi Riong yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung pusat membeli belah Mid Valley di ibu kota menyangkutkan kata-kata semangat atau doa yang ditujukan kepada mangsa dan keluarga tragedi MH370 sempena program Pray For MH370.




CLOSE-UPS - gambaran mengenai subjek sahaja.


Gambar yang menarik perhatian umum dan terbaik adalah gambar yang berbentuk sebegini. Gambar-gambar berbentuk close-up ini dikatakan akan membawa penonton lebih dekat dengan subjek dan gambar ini akan menenggelamkan suasana sekeliling di mana gambar itu diambil. Contoh gambar seperti berikut:

Muhammad Hazim, 2 tahun gembira menunjukkan giginya yang baru tumbuh di hadapan lensa kamera

Spesis semut yang dijumpai di kawasan hutan simpan dan rekreasi Ulu bendul, Negeri Sembilan



Seorang kanak-kanak down syndrom yang dikenali sebagai Siti merenung masa hadapannya kelak.







Saturday, 7 March 2015

Henri Cartier-Bresson - jurugambar, pembikin filem (1908-2004)





"To take a photograph is to align the head, the eye and the heart. It's a way of life" - Henri Cartier-Bresson
Sumber : www.biography.com/people/henri-cartier-bresson-9240139


Henri Cartier-Bresson merupakan seorang jurugambar Perancis yang mengambil gambar spontan dan juga gambar yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sehingga mewujudkan kewartawanan foto sebagai salah satu bentuk seni yang ada. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1908 di Chanteloup, Perancis dan merupakan perintis dalam kewartawanan foto ini. Beliau menuntut di University of Cambridge dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2004 di Cereste, Perancis. Henri Cartier-Bresson menemui kamera pertamanya pada tahun 1932 iaitu Leica dan dari saat itu dia mula meminati bidang fotografi. Pada tahun 1933, beliau telah membuat pameran fotografinya yang pertama di Julien Levy Gallery, New York. 


Dalam kejadian pada tahun 1940, beliau telah menjadi tawanan perang dan berjaya melarikan diri. Rentetan daripada peristiwa itu, beliau telah menyertai sebuah pertubuhan underground untuk membantu banduan dan pelarian. Beliau telah menggambarkan keadaan banduan dan pelarian itu menerusi foto-foto yang diambil. Kemudiannya, beliau bersama sekumpulan wartawan profesional telah mengambil gambar-gambar berkaitan pembebasan Paris dan dijadikan dokumentari yang bertajuk Le Retour (The Return).


Selepas perang berakhir, beliau telah mengembara ke India dan menghabiskan masa di sana sehingga beliau bertemu dengan Mahatma Gandhi. Di sana, Cartier-Bresson telah mendokumentasikan kematian Mahatma Gandhi dan ia telah menjadi satu esei foto yang paling berharga dalam Majalah Life pada ketika itu. Hasil kerja beliau itu telah menguatkan bahawa kewartawanan foto adalah bentuk berita yang sah dan merupakan seni yang hebat yang berlaku disebalik kamera itu. Kenyataan ini diberi bagi menggambarkan bahawa kewartawanan foto ini boleh menjadi satu bentuk berita yang dipercayai dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri yang hanya mampu ditafsirkan oleh mereka yang bijak menilai kesenian itu.


Beliau juga telah meraih beberapa anugerah berkaitan dengan kewartawanan foto ini. Antaranya ialah:
  • 1986 Novecento Premio
  • 1981 Grand Prix National de la Photographie
  • 1975 Deutsche Gesellschaft für Photographie 
  • 1975 Culture Prize
  • 1964 Overseas Press Club of America Award 
  • 1960 Overseas Press Club of America Award 
  • 1959 Prix de la Société Française de Photographie
  • 1954 Overseas Press Club of America Award 
  • 1953 A.S.M.P. Award 
  • 1948 Overseas Press Club of America Award
Gandhi meninggalkan Meherauli, sebuah kuil Muslim. ini merupakan penampilan terakhir beliau sebelum kematiannya.
Sumber: http://www.magnumphotos.com/C.aspx?VP3=CMS3&VF=MAGO31_10_VForm&ERID=24KL53ZMYN

Mayat Gandhi. Beliau telah dibunuh sehari sebelumnya.
Sumber: www.magnumphotos.com/C.aspx?VP3=CMS3&VF=MAGO31_10_VForm&ERID=24KL53ZMYN



Sumber:
  • www.magnumphotos.com
  • www.biography.com/people/henri-cartier-bresson