Saturday, 11 April 2015

John G. Zimmerman - Jurugambar sukan

Sport photography atau gambar sukan adalah genre fotografi yang merangkumi semua jenis sukan. Kebiasaannya, fotografi sukan professional merupakan salah satu cabang dalam kewartawanan foto, manakala fotografi sukan amatur seperti gambar kanak-kanak bermain bola sepak adalah satu cabang fotografi vernakular. Aplikasi utama fotografi sukan profesional adalah untuk tujuan editorial; jurugambar sukan yang berdedikasi biasanya bekerja untuk akhbar, agensi berita utama atau majalah sukan yang berdedikasi. Walau bagaimanapun, fotografi sukan juga digunakan untuk kedua-dua tujuan pengiklanan untuk membina jenama dan juga untuk menggalakkan sukan dengan cara yang tidak boleh dicapai dengan cara editorial.





Sport photographer pula ialah orang yang terlibat secara langsung dalam bidang ini dan menjadikan ia sebagai kerjaya. Dalam dunia kewartawanan foto, terdapat ramai tokoh atau individu yang terkenal sebagai jurufoto sukan. Antaranya ialah John G. Zimmerman. 

John G. Zimmerman beraksi bersama kamera Hucher, 1972.

John G. Zimmerman dilahirkan pada 30 Oktober 1927 di Pacoima, Los Angeles, California, United States. Beliau mula meminati bidang ini sejak dari kecil lagi. Beliau menyertai kelab fotografi di sekolah menengah setelah bapanya menghadiahkan dia sebuah 4x5 view camera. Beliau juga telah menyambung pelajaran dalam bidang fotografi selama 3 tahun di John C. Fremont High School di Los Angeles. Beliau meninggal dunia pada 3 Ogos 2002.


Beliau selalunya akan mengambil gambar sukan dan kebiasaannya gambar beliau akan disiarkan di Sport Illustrated Magazine. Gaya tersendiri beliau ketika mengambil gambar sukan tersebut ialah ketika sukan itu sedang berlangsung dan aksi subjek ketika itu. Dikatakan juga, beliau menjadikan ayahnya sebagai inspirasi untuk beliau mengambil gambar sukan ini. Di bawah ini merupakan beberapa gambar sukan yang pernah diambil oleh John G.






Secara keseluruhannya, beliau merupakan lagenda dalam perkembangan dunia fotografi terutama dalam bidang sukan ini. Pada yang berminat menceburi dunia kewartawanan foto sukan, anda boleh menginspirasikan cara dan teknik yang digunakan oleh John G. Zimmerman untuk mendapatkan gambar yang lebih berkualiti.


Sumber:

  • Retrieve from http://www.johngzimmerman.com/
  • Retrieve from https://prezi.com/vk0kobejww1u/john-g-zimmerman/

Wednesday, 8 April 2015

Pameran Foto Bazuki Muhammad


Bazuki Muhammad merupakan seorang jurugambar profesional yang telah berkhidmat dalam dunia kewartawanan foto selama lebih 30 tahun. Beliau dianggap master of photography kerana hasil foto yang diambil mempunyai cerita dan nilai estetika yang tinggi. Pameran foto yang berlangsung di Bangunan NSTP Bangsar baru-baru ini mempamerkan 33 keping gambar hasil tangkapan Bazuki Muhammad.









Bazuki telah mengaplikasikan teknik dan jenis shots dalam gambar yang dipamerkan. Antaranya ialah beliau banyak menggunakan gambar jenis feature dan portrait.







Selain itu, setiap gambar yang diambil lebih menggunakan midrange-shot dan close-up. 










Secara keseluruhannya, pameran ini memberikan banyak info dan contoh terbaik dalam kewartawanan foto serta secara tidak langsung kita boleh mengetahui beberapa kejadian atau moment yang terjadi di luar negara.










Penggunaan gambar jenis 'Feature' dan 'Portrait' dalam Kewartawanan Foto


Feature merupakan satu jenis gambar yang digunakan dalam kewartawanan foto di mana menyentuh kepentingan manusia yang terdiri dari seni dan hiburan, perniagaan, sains dan teknologi. Ciri-ciri foto ini memberikan jurugambar peluang untuk menjadi kreatif dan menggunakan pelbagai teknik fotografi untuk menangkap gambar yang menghubungkan dengan penonton. Antara gambar jenis feature adalah seperti berikut:


Gertrude Weaver, 116 tahun, disahkan meninggalkan dunia setelah beberapa hari dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia. Gambar ini sempat diambil sewaktu beliau dinobatkan.
Sumber: Metro Online, 8 April 2015, Retrieve from http://www.hmetro.com.my/node/42249


Bayi kedua hasil perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiz selamat dilahirkan pada 8 April lalu di Dewan Bersalin Muslimah, Sri Gombak. Nama kepada bayi comel seberat 3.45 kilogram ini masih lagi dicari oleh ibu bapanya.
Sumber: Berita Harian Online, 10 April 2015, Retrieve from http://www.bharian.com.my/node/46743
Shaheizy Sam gembira menunujukkan trofi kemenangannya yang diraih pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Sam dianugerahi Anugerah Bintang Paling Popular dan melengkapkan kemenangannya sebanyak 3 kali untuk anugerah itu.
Sumber: Berita Harian Online, 7 April 2015, Retrieve from http://www.bharian.com.my/node/46186
Beruan Matahari atau nama saintifiknya 'Helarctos Malayanus' berjaya diselamatkan oleh pekerja ladang sawit yang menemuinya dalam keadaan kekurangan zat.
Sumber: Metro Online, 8 April 2015, Retrieve from http://www.hmetro.com.my/node/42314



Adat malam berinai yang sering dilakukan oleh masyarakat yang berasal dari Negeri Sembilan ketika kenduri perkahwinan dilangsungkan. Pengantin akan bersanding dan saudara mara akan menepung tawar dengan mencecah inai di tapak tangan pengantin.




Kaedah pembuatan kuih bahulu secara tradisional yang menggunakan acuan lama, sabut kelapa dan kayu api. Jarang dijumpai sekarang, tetapi ianya masih dipratikkan oleh masyarakat kampung. Rasa dan teksturnya juga berbeza daripada kuih bahulu yang dimasak menggunakan oven.



Portrait merupakan jenis gambar yang mempamerkan subjek dalam bentuk close-up kebiasaannya. Gambar yang berbentuk seperti selalu diambil bagi menceritakan tentang perihal seseorang yang ternama atau sesiapa sahaja yang istimewa. Portrait tidak semestinya gambar orang. Ia boleh jadi gambar haiwan dan juga objek serta mempunyai cerita disebaliknya. Antara contoh gambar berbentuk ini ialah:


Ammar beraksi dihadapan kamera ketika berkunjung ke pantai Port Dickson, Negeri Sembilan bersama keluarganya.



Jelas terpancar wajah kegembiraan bagi seorang graduan diploma Poiteknik Tuanku Syed Sirajuddin ketika Hari Konvokesyen ke 6 politeknik itu.


Aksi Hazim ketika menikmati makanan yang menyelerakan itu. Aksi ini dirakam sewaktu sambutan hari jadi yang dilakukan oleh keluarganya.





Saturday, 21 March 2015

Jenis-jenis gambar beserta caption dalam kewartawanan foto

Dalam kewartawanan foto, setiap gambar yang diambil perlu mengikut jenis gambar yang ditetapkan. Setiap gambar tersebut juga perlu diletakkan caption yang lengkap bagi menerangkan gambar tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh gambar mengikut jenis beserta caption yang lengkap.


ESTABLISHING SHOTS - gambar keseluruhan

Kebiasaannya, gambar berbentuk sebegini bertujuan untuk menunjukkan kepada penonton keadaan yang sebenar ditempat kejadian dan siapa yang terlibat. Ia biasanya akan menggunakan wide range shot atau extreme wide shot. Contoh gambar seperti berikut:

Penyokong pasukan Felda United membanjiri Stadium Shah Alam ketika perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kelantan.
Orang ramai bertandang ke Putrajaya untuk melihat sendiri kemeriahan Hot Air Balloon yang berlangsung pada 12 Mac 2015 hingga 15 Mac 2015.


Para pelajar membanjiri Dewan Tuanku Cancelor, Universiti Malaya pada salah satu program yang dijalankan ketika Minggu Haluan Siswa sesi 2014/2015.





MIDRANGE SHOTS - meletakkan subjek di dalam konteks


Gambar yang berbentuk ini pula biasanya diambil dengan subjek yang lebih dekat dan memberikan maklumat yang lebih khusus mengenai perkara itu. Tetapi, gambar sebegini masih mengekalkan subjek dalam suasana supaya penonton yang melihat gambar ini tahu tentang keadaan sekeliling di mana subjek itu diletakkan. Contoh gambar seperti berikut:


Dr. Salleh Rahamad sedang menyampaikan puisi pada Malam Puisi Riong yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung pusat membeli belah Mid Valley di ibu kota menyangkutkan kata-kata semangat atau doa yang ditujukan kepada mangsa dan keluarga tragedi MH370 sempena program Pray For MH370.




CLOSE-UPS - gambaran mengenai subjek sahaja.


Gambar yang menarik perhatian umum dan terbaik adalah gambar yang berbentuk sebegini. Gambar-gambar berbentuk close-up ini dikatakan akan membawa penonton lebih dekat dengan subjek dan gambar ini akan menenggelamkan suasana sekeliling di mana gambar itu diambil. Contoh gambar seperti berikut:

Muhammad Hazim, 2 tahun gembira menunjukkan giginya yang baru tumbuh di hadapan lensa kamera

Spesis semut yang dijumpai di kawasan hutan simpan dan rekreasi Ulu bendul, Negeri Sembilan



Seorang kanak-kanak down syndrom yang dikenali sebagai Siti merenung masa hadapannya kelak.







Saturday, 7 March 2015

Henri Cartier-Bresson - jurugambar, pembikin filem (1908-2004)





"To take a photograph is to align the head, the eye and the heart. It's a way of life" - Henri Cartier-Bresson
Sumber : www.biography.com/people/henri-cartier-bresson-9240139


Henri Cartier-Bresson merupakan seorang jurugambar Perancis yang mengambil gambar spontan dan juga gambar yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sehingga mewujudkan kewartawanan foto sebagai salah satu bentuk seni yang ada. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1908 di Chanteloup, Perancis dan merupakan perintis dalam kewartawanan foto ini. Beliau menuntut di University of Cambridge dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2004 di Cereste, Perancis. Henri Cartier-Bresson menemui kamera pertamanya pada tahun 1932 iaitu Leica dan dari saat itu dia mula meminati bidang fotografi. Pada tahun 1933, beliau telah membuat pameran fotografinya yang pertama di Julien Levy Gallery, New York. 


Dalam kejadian pada tahun 1940, beliau telah menjadi tawanan perang dan berjaya melarikan diri. Rentetan daripada peristiwa itu, beliau telah menyertai sebuah pertubuhan underground untuk membantu banduan dan pelarian. Beliau telah menggambarkan keadaan banduan dan pelarian itu menerusi foto-foto yang diambil. Kemudiannya, beliau bersama sekumpulan wartawan profesional telah mengambil gambar-gambar berkaitan pembebasan Paris dan dijadikan dokumentari yang bertajuk Le Retour (The Return).


Selepas perang berakhir, beliau telah mengembara ke India dan menghabiskan masa di sana sehingga beliau bertemu dengan Mahatma Gandhi. Di sana, Cartier-Bresson telah mendokumentasikan kematian Mahatma Gandhi dan ia telah menjadi satu esei foto yang paling berharga dalam Majalah Life pada ketika itu. Hasil kerja beliau itu telah menguatkan bahawa kewartawanan foto adalah bentuk berita yang sah dan merupakan seni yang hebat yang berlaku disebalik kamera itu. Kenyataan ini diberi bagi menggambarkan bahawa kewartawanan foto ini boleh menjadi satu bentuk berita yang dipercayai dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri yang hanya mampu ditafsirkan oleh mereka yang bijak menilai kesenian itu.


Beliau juga telah meraih beberapa anugerah berkaitan dengan kewartawanan foto ini. Antaranya ialah:
  • 1986 Novecento Premio
  • 1981 Grand Prix National de la Photographie
  • 1975 Deutsche Gesellschaft für Photographie 
  • 1975 Culture Prize
  • 1964 Overseas Press Club of America Award 
  • 1960 Overseas Press Club of America Award 
  • 1959 Prix de la Société Française de Photographie
  • 1954 Overseas Press Club of America Award 
  • 1953 A.S.M.P. Award 
  • 1948 Overseas Press Club of America Award
Gandhi meninggalkan Meherauli, sebuah kuil Muslim. ini merupakan penampilan terakhir beliau sebelum kematiannya.
Sumber: http://www.magnumphotos.com/C.aspx?VP3=CMS3&VF=MAGO31_10_VForm&ERID=24KL53ZMYN

Mayat Gandhi. Beliau telah dibunuh sehari sebelumnya.
Sumber: www.magnumphotos.com/C.aspx?VP3=CMS3&VF=MAGO31_10_VForm&ERID=24KL53ZMYN



Sumber:
  • www.magnumphotos.com
  • www.biography.com/people/henri-cartier-bresson